Saturday, February 5, 2011

Cara Mempromosi Website

Berbicara mengenai internet khususnya website ianya bukan perkara ganjil lagi kebanyakan pengguna internet telah ramai yang tahu untuk membuat website dan menjadikan sebagai medan untuk mempromosikan perniagaan ataupun perkhidmatan.

Apa yang lebih serius ialah bagaimana untuk mempromosikan website itu sendiri di internet, atau kata lain bagaimana untuk menarik pelayar internet yang lain untuk melawat website anda inilah satu perkara yang amat kritikal kerana di internat terdapat berjuta-juta website yang bersaing untuk mendapat pelawat.

Dalam soal ini ada dua cara secara umumnya iaitu cara promosi percuma atau berbayar.
Contohnya menggunakan cara SEO (search engine optimisation).SEO juga ada secara percuma dan juga berbayar, contoh PPC (pay per click) adalah cara promosi SEO berbayar dan amat berkesan untuk mendapat "ranking" di engine carian jika dibandingkan dengan cara percuma kerana ianya memerlukan teknik-teknik yang tertentu dan agak rumit untuk di lakukan tetapi amat berkesan untuk mendapat prospect yang betul-betul mencari apa yang anda tawarkan.Walaupun rumit pada setengah IM tapi kesungguhan untuk belajar dapat memudahkan cara anda kalau anda benar-benar mencari dan terus belajar.