Friday, January 21, 2011

Ilmu Yang Perlu Untuk Menjadi IM

Saya tak mahu berceloteh panjang lebih baik strait to the point okay. Ilmu yang paling basic yang harus ada pada seorang internet marketer adalah ilmu membuat website...memang ada yang berkata untuk menjadi IM tidak semestinya ada website..itu memang benar tapi untuk menjadi IM yang berjaya bukan sekadar menjadi IM anda harus ada website dan tahu menguruskan website anda.

Kalau anda menjadi affiliate kepada satu-satu produk..anda akan diberikan affiliate link oleh pemilik produk yang anda cuba pasarkan..anda boleh promosikan link tersebut terus tanpa ada website tapi ianya tidak semudah untuk mendapatkan link tersebut cabaran yang paling utama adalah bagaimana anda boleh mempromosikan produk itu. Ianya lebih mudah jika anda tahu mengendalikan website dan anda boleh mempelbagaikan cara dan teknik untuk membuat promosi.

belajar buat website di http://warraybiz.ws/

Monday, January 10, 2011

Marketing Melalui Internet

Hi semua

Pemasar melalui internet!!! senang cakap kita sebut internet marketer (IM) apa yang perlu sebelum anda cuba menceburi bidang IM ini?

Sekali pikir macam mudah saja, tapi bila di ingat kembali dah jadi keliru apa yang nak di mulakan dahulu.


perlu ada website ke
kena ada produk ke
macamana nak market

Ha itu baru sebahagian perkara yang kena fikir ada banyak lagi ni, saya cadangkan pembaca rujuk website ini untuk ilmu percuma okay.

Wednesday, January 5, 2011

Online Bisnes

Salam sejahtera kepada pembaca semua.


Peniagaan internet atau e-dagang semakin popular sekarang ini ramai yang mencari altenative berniaga di internet kerana perkembangan prasarana internet yang sedang berkembang pesat di negara kita sekarang.

Internet sudah menjadi satu kemestian sekarang ini seperti juga hand phone, jadi elok benarlah semua orang mengambil peluang ini sama ada buat part time atau pun sepenuh masa, cakap memang senangkan nak buat bisnes online tapi macamana???.Ramai pula yang mengalah bila di ajukan pertanyaan ini.

Perniagaan apa pun kalau nak mula mesti kena belajar kalau tak nak belajar memang susah sampai ke akhirnya dan dah tentu tak dapat hasil.


Macam-macam cara orang buat bisnes internet ada yang:

jual barang-barang
jual ebook
cari duit dengan iklan
buat networking
jual service/ilmu
main saham online
affiliate marketing

dan macam-macam lagi, tapi harus di ingat tak semua program di internet mampu jana pulangan dan ada setengahnya adalah penipuan kena selidik dulu ada juga yang menjanjikan duit mudah dengan tak payah berbuat apa-apa kalau boleh jauhi program macam ni ....saya belum pernah jumpa ada orang yang berjaya dalam program begini kecuali orang yang organise tu dapat duit.

Sekarang banyak juga MLM menggunakan teknik online lebih meluas dan lebih mudah tapi ramai juga yang tak yakin sebab dalam internet bersepah bisnes macam tu tapi bukan semuanya tipu memang ada networking yang benar yang dah mampu memberi pulangan pada mereka yang berusaha tentu anda pernah dengar tentang Vemma, Monave, DCL, Jusmate5, Wela, Manggoestine, Amway dan macam-macam lagi tapi apa pun siasat lah dulu sama ada
syarikat ini ada lesen ke tidak.

Dalam bisnes online ni berjuta yang mencuba tapi hanya 5% saja yang berjaya jadi ada kena set kan ada nak berada di 5% atau 95% sebelum ada ceburi bidang ini buat pilihan sendiri dan bekalkan diri dengan ilmu kalau nak berada di bahagian 5% tu.


Okay sampai di sini dulu nanti saya akan post kan maklumat seterusnya bagaimana nak setkan mind dan pengetahuan yang perlu ada dalam internet business.